Sunday, March 6, 2011

Sunday morning



EASY LIKE SUNDAY MORNING?




pagi-pagi bangun tak tau nak buat apa. penyakit malas berjangkit kian menular masa-masa sebegini. muahaha. cilakak. seperti biasa buka laptop. online.




website yang menjadi pilihan pertama facebook. bukan apa, nak tau perkembangan member-member. manatau ada plan yang bernas. cool. ehehe. secondly, gua bukak youtube. sengaja gua bukak website ni supaya dapat menyedapkan mata dan telinga. website ketiga gua usya berita myMetro. ala-ala pakcik-pakcik tapi versi moden. ting! gua jumpa artikel ni.




credit : www.hmetro.com.my




PENUNGGU AWAL PAGI? bunyi macam orang nak buat breakfast awal pagi. so dia bangun awal, tunggu orang yang belum bangun. muahaha. ops, terlebih sudah. rupa-rupanya lain cerita di sebalik tabir kes ni.




mari kita sama-sama menyelami kisah di sebalik PENUNGGU AWAL PAGI. rolling.




**************************************

PENAMPANG: Seorang gadis penjaga kafe siber judi haram bukan saja menjadikan premis tempatnya bekerja sebagai punca pendapatan, malah bijak mencari wang saku tambahan apabila turut menawarkan perkhidmatan seks secara rahsia kepada kaki judi yang ‘menang besar’ pada hari itu.

Tindakan tidak bermoral gadis berusia 19 tahun itu dipercayai dilakukan secara tersembunyi bagi mengelak diketahui majikannya.

Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahsia pada awalnya terkejut ketika wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai kaki judi mengajukan pertanyaan itu dan dia menafikan sekeras-kerasnya wujud perbuatan sebegitu di kafe berkenaan.

Namun selepas dipujuk dan menunjukkan ‘imbuhan’ diterima selepas mendakwa menang berjudi di tempat lain, dia akhirnya mengaku menawarkan perbuatan itu dan meminta ia dirahsiakan.


***************************************


begitu laa kisah di sebalik tabir tentang PENUNGGU AWAL PAGI. untuk berita seterusnya korang boleh bukak link ni okay. penunggu awal pagi.



sekarang ni macam-macam perkara manusia-manusia sejagat akan buat demi mendapat wang dan keselesaan. perbuatan sebegini bukan saja merosakkan akhlak malah dapat meruntuhkan institusi kekeluargaan dalam sebuah keluarga. bukankah begitu?



dunia, dunia. pelbagai masalah dan permasalahan.



dalam hal ini, korang rasa siapa yang lebih bertanggungjawab?
korang fikir laaa sendiri okay.






p/s : selamat pagi ;)

No comments:

Post a Comment