Wednesday, March 9, 2011

faham tak faham

ada waktu kita rajin, ada waktu kita malas, ada waktu kita cergas dan ada waktu kita letih. semua kejadian ini atas diri masing-masing bagaimana nak menterjemahkan tingkah laku diri masing-masing.



skema tak skema ayat gua? muahaha



gua nak cerita sikit pasal faham tak faham ni. korang faham tak? takkan? sebab gua belum cerita. okay, okay. steady, relax, tarik nafas, sambung baca. terlebih pulak.



firstly, gua ada rasa sikit tak puas hati laa dengan lecturer gua. tak tau laa gua ke salah atau beliau. memang tak boleh kamcing langsung. haish, tension, tension. huhu. class beliau pada sebelah pagi. petang takda. tak perlu laa gua nak bagitau exact time. yang penting pagi. pagi? memang payah untuk gua bangun pagi. nasib baik ada encik alarm sebagai penyelamat dan sejawat jawatan sebagai warden asrama yang tugasnya kasi bangun orang pagi-pagi. hakhak bergurau.



secondly, pagi-pagi kalau gua tak breakfast memang gua akan mengantuk. tak tau laa korang macam mana. itu pun kalau gua tidur awal, kalau tidur lewat, sama gak jadinya. zzzzzzzzz. haaa class beliau pada sebelah pagi. syok-syok gua sampai dengan member gua, dia dah terpacak lebih awal kat dalam class. memang lecturer skema gua cakap lu.







lecture beliau 100% in english. power tak power? haaa ini bukan sebarangan lecturer tau. jangan main-main. beliau guna bahasa melayu bila perlu jak. stylo tak?



tapi yang menjadi pantang gua, masa dia mengajar gua tak faham. serius gua cakap. gua bukan tak faham english. korang jangan tuduh gua macam tu. tapi slow sikit. haha. cilaka. pernah gua fokus sefokus-fokusnya dalam class beliau. tapi apa kan daya. hanya 15 minit awal jak gua dapat ikut lecture beliau. yang lain ke langit ke tujuh.



result daripada tak dapat fokus, gua pun melukis, menconteng dan macam-macam lagi. reles tension. haha. tapi cara gua salah. itu gua mengaku. part-part tengah lecture confirm gua akan tidur. itu pun kalau takda gangguan daripada rakan-rakan dajal yang lain. gua fikir gua seorang jak. rupa-rupanya ada lagi dua tiga orang turut memeriahkan majlis. hakhak. mesti korang pun tak faham kan? baik mengaku. ehehe.




hanya hiasan semata-mata




begitu laa kesah gua dengan lecturer gua. gua memang nak sangat perform masa class beliau tapi gua tak dapat ikut retak irama beliau. apa perlu gua buat?



faham? tak faham.






p/s : minta maaf jika terkasar bahasa. muahaha.

Sunday, March 6, 2011

Sunday morning



EASY LIKE SUNDAY MORNING?




pagi-pagi bangun tak tau nak buat apa. penyakit malas berjangkit kian menular masa-masa sebegini. muahaha. cilakak. seperti biasa buka laptop. online.




website yang menjadi pilihan pertama facebook. bukan apa, nak tau perkembangan member-member. manatau ada plan yang bernas. cool. ehehe. secondly, gua bukak youtube. sengaja gua bukak website ni supaya dapat menyedapkan mata dan telinga. website ketiga gua usya berita myMetro. ala-ala pakcik-pakcik tapi versi moden. ting! gua jumpa artikel ni.




credit : www.hmetro.com.my




PENUNGGU AWAL PAGI? bunyi macam orang nak buat breakfast awal pagi. so dia bangun awal, tunggu orang yang belum bangun. muahaha. ops, terlebih sudah. rupa-rupanya lain cerita di sebalik tabir kes ni.




mari kita sama-sama menyelami kisah di sebalik PENUNGGU AWAL PAGI. rolling.




**************************************

PENAMPANG: Seorang gadis penjaga kafe siber judi haram bukan saja menjadikan premis tempatnya bekerja sebagai punca pendapatan, malah bijak mencari wang saku tambahan apabila turut menawarkan perkhidmatan seks secara rahsia kepada kaki judi yang ‘menang besar’ pada hari itu.

Tindakan tidak bermoral gadis berusia 19 tahun itu dipercayai dilakukan secara tersembunyi bagi mengelak diketahui majikannya.

Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahsia pada awalnya terkejut ketika wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai kaki judi mengajukan pertanyaan itu dan dia menafikan sekeras-kerasnya wujud perbuatan sebegitu di kafe berkenaan.

Namun selepas dipujuk dan menunjukkan ‘imbuhan’ diterima selepas mendakwa menang berjudi di tempat lain, dia akhirnya mengaku menawarkan perbuatan itu dan meminta ia dirahsiakan.


***************************************


begitu laa kisah di sebalik tabir tentang PENUNGGU AWAL PAGI. untuk berita seterusnya korang boleh bukak link ni okay. penunggu awal pagi.



sekarang ni macam-macam perkara manusia-manusia sejagat akan buat demi mendapat wang dan keselesaan. perbuatan sebegini bukan saja merosakkan akhlak malah dapat meruntuhkan institusi kekeluargaan dalam sebuah keluarga. bukankah begitu?



dunia, dunia. pelbagai masalah dan permasalahan.



dalam hal ini, korang rasa siapa yang lebih bertanggungjawab?
korang fikir laaa sendiri okay.






p/s : selamat pagi ;)