Tuesday, February 22, 2011

Pro Evolution Soccer

bola? yaa, memang berkaitan dengan bola. tapi berlainan dengan persediaan dari segi mental dan fizikal.

pro evolution soccer atau lebih dikenali sebagai PES menjadi pilihan remaja-remaja yang menuntut di IPTA ataupun IPTS, tidak lupa juga dengan lepasan SPM.

PES merupakan salah satu PC game yang terhangat di pasaran ketika ini sejajar dengan perkembangan IT. game bola sepak yang berjaya menarik minat ramai ini telah mengorak
langkah untuk memperbaharui fungsi ataupun kegunaannya pada setiap tahun. sebagai contoh pes 2010, uptade ke pes 2011.




PES untuk 2010




PES untuk 2011


***************************************


actually, PES ni bukan untuk PC jak. XBOX dan Playstation pun ada gak. so, main kat mana-mana pun boleh. mengikut kemampuan dan keselesaan pengguna.

apa yang menarik perhatian gua pasal PES 2011 ni pihak-pihak yang bertanggungjawab pasal IT semua-semua ni telah mengeluarkan patch untuk liga Malaysia. menarik kan? hakhak. untuk liga Malaysia terbahagi kepada dua, liga perdana dan liga super. setiap negeri dan team turut terlibat.








pendedahan sebegini bukan sahaja dapat memberi impak kepada rakyat Malaysia khususnya, malah kepada dunia am nya. rakyat Malaysia juga dapat mengenali pemain-pamain negeri masing-masing dan juga pemain Malaysia.


Majulah sukan untuk negara. biarpun hanya menggunakan IT.

Thursday, February 17, 2011

my maxis


***************************************************************


credit : www.google.com


*****************************************************************







gua nak cerita sikit pasal maxis ni. maxis juga dikenali sebagai hotlink mempunyai banyak kemudahan-kemudahan untuk berbual ataupun bermesej. contohnya, tepat pukul 12 am, maxis menawarkan satu kemudahan iaitu super savers / tawaran istimewa. talk super savers, RM3 untuk 60 minit maxis ke maxis. berbaloi kan? tapi tawaran ni sah pada pukul 12 am - 10 am pada hari pembelian. senang jak nak beli benda ni. so, untuk brader-brader or kakak-kakak yang nak berbual dengan lebih lama (untuk pengguna maxis) . ikut step ni, mudah jak :







1st : dail *100#

2nd : pilih Hotlink Special (tekan 8)

3rd : pilih Super Savers (tekan 1)

4th : pilih Talk Super Savers (tekan 1)

last : tekan 1 untuk pembelian







mudah, ringkas dan senang. (lebih kurang jak ayat) . hakhak. selamat mencuba :)











p/s : untuk keterangan lanjut, sila layari website
maxis.





Wednesday, February 16, 2011

kite bako je !

daripada tajuk di atas kita sudah pun sedia maklum tentang filem yang mengutip RM 1 juta pada hari pertama tanyangannya. Hantu Kak Limah Balik Rumah. pengarah filem ini tak lain tak bukan Mamat Khalid.

credit : www.google.com

**********************************

gua bukan nak promote filem ni. tapi korang kena tengok filem ni. lucu, memang lucu. okeyh, sebenarnya gua nak story sikit pasal pelakon yang lembut dalam filem ni. Usop. hakhak. gaya dan tingkah laku beliau membuat gua tak kering gusi. alah-alah mak nyah gitu. muahaha. cilakak.


credit : www.google.com

************************************

antara ayat-ayat beliau yang menjadi ikutan budak-budak sekarang ialah,

"kite bako je sin!"

muahaha. beliau berjaya dalam lakonan beliau. actually, banyak lagi ayat-ayat beliau yang hot ! tapi sorry gua kurang pakar tentang bahasa orang perak. ehehe.






p/s : korang kena tengok filem ni. serius lucu :)

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Salam semua. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Gua tak tau nak huraikan panjang lebar tentang maulidur rasul ni. Hehe. Tapi gua ada link nak kongsi dengan korang. To all muslim, you can share this with others :) Ini linknya Info Rabiu Awal & Maulidur Rasul

permulaan suatu sejarah

Mungkin semua sudah sedia maklum tentang kewujudan blog. Ok, sebenarnya blog ini sudah lama gua buat. Tapi entri-entri lama sudah gua padam. Bukan apa, nak mulakan tulisan @ coretan baru. So, suka gua ingatkan di sini, bahasa atau percakapan gua mungkin 'agak kasar' dan 'rojak'. Harap korang semua faham. Gua tak nak hipokrit. Entri ni pendek jak, so inilah permulaan suatu sejarah.